Perutusan Takziah atas Kewafatan Ayatollah al-Uzma Hossein Wahid Khorasani
Ini ialah terjemahan daripada teks asal dalam bahasa Parsi. Teks asal dalam bahasa Parsi
بسم الله الرّحمن الرّحیم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Berita pemergian guru besar hauzah ilmiah, Hazrat Ayatollah al-Uzma Wahid Khorasani, telah diterima. Beliau merupakan salah satu tonggak utama pengajaran fiqh dan usul fiqh di hauzah ilmiah. Dua majlis pengajian harian beliau dalam beberapa dekad kebelakangan ini tergolong antara majlis pengajian yang paling utama. Dalam pengajian-pengajian tersebut, selain sisi-sisi penyelidikan beliau sendiri, tercermin dengan jelas perhatian yang serius, mendalam dan penuh penghargaan terhadap pandangan sebahagian ulama paling terkemuka dari zaman-zaman kebelakangan hauzah ilmiah Najaf al-Ashraf, serta penguasaan beliau terhadapnya. Oleh kerana aspek ini sentiasa disertai dengan huraian guru yang mulia itu yang fasih, tersusun dan kukuh, setiap sesi pengajian menjadi saat yang bermanfaat dan amat berharga bagi para penuntut ilmu dan kelebihan. Hari ini, sebilangan besar tenaga pengajar dan para fudhala di hauzah ilmiah Qom, malah di hauzah-hauzah lain di negara ini, serta sekumpulan ulama dari pelbagai negeri mencatatkan penghormatan menghadiri pengajian beliau dalam rekod keilmuan mereka, dan semuanya mengenang dengan penuh kekaguman betapa jelas dan murninya unsur pengabdian sepenuh jiwa kepada peribadi-peribadi suci para Maksum صلواتالله و سلامه علیهم اجمعین (semoga selawat dan salam Allah ke atas mereka semua) terserlah dalam tutur kata dan pegangan hidup beliau. Tidak syak lagi, dengan jerih payah beliau yang panjang dan berterusan di jalan syariat dan mazhab, beliau mempunyai hak yang besar ke atas masyarakat mukminin dan hauzah-hauzah ilmiah, yang wajib diingati dan disyukuri oleh semua. Saya menyampaikan takziah atas musibah ini kepada junjungan kita (Imam Zaman) عجّلاللهتعالی فرجهالشّریف (semoga Allah Ta'ala menyegerakan kemunculannya yang mulia), hauzah-hauzah ilmiah dan seluruh mukminin, khususnya keluarga beliau yang mulia, dan saya memohon kepada Allah Yang Maha Benar جلّوعلا (Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi) ketinggian darjat bagi insan mulia itu.
Sayyid Mojtaba Hosseini Khamenei
26 Aban 1405
