Arahan Pemimpin Agung Revolusi Islam agar para pegawai yang dilantik oleh Pemimpin yang syahid meneruskan perkhidmatan berdasarkan perintah dan arahan terdahulu
Ini ialah terjemahan daripada teks asal dalam bahasa Parsi. Teks asal dalam bahasa Parsi
بسمهتعالی
Dengan nama-Nya Yang Maha Tinggi.
Susulan pertanyaan sesetengah pengurus dan pegawai institusi yang dilantik secara langsung oleh Pemimpin yang syahid (semoga Allah menyucikan jiwanya yang suci), dengan ini saya mengumumkan bahawa buat masa ini tiada seorang pun daripada mereka yang memerlukan pembaharuan surat pelantikan, dan mereka perlu terus menjalankan tugas masing-masing berdasarkan arahan dan dasar yang telah mereka terima semasa hayat insan mulia itu.
Saya memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi kejayaan bagi semua dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Sayyid Mojtaba Hosseini Khamenei