Perutusan berikutan syahidnya Mejar Jeneral Sayyid Majid Khademi
Ini ialah terjemahan daripada teks asal dalam bahasa Parsi. Teks asal dalam bahasa Parsi
بسم الله الرّحمن الرّحیم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا (1)
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu gilirannya; dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikit pun. (Surah Al-Ahzab 33:23)
Sekali lagi musuh Amerika-Zionis, yang telah menghadapi kekalahan demi kekalahan dalam perang yang dipaksakan terhadap bangsa dan para pejuang Iran Islam yang berani serta dalam rancangan-rancangan jahatnya, berpaut kepada senjata lazimnya, iaitu keganasan Zionis, dan membunuh salah seorang komander komuniti perisikan dan keselamatan negara. Mejar Jeneral Pasdar Sayyid Majid Khademi, yang selama beberapa dekad telah melakukan banyak jihad secara senyap dalam bidang keselamatan, perisikan dan pertahanan negara, telah mencapai anugerah syahid; namun saf para pejuang dan mujahid di jalan kebenaran dan hakikat di Iran Islam serta angkatan bersenjata yang sanggup berkorban jiwa telah menjadi saf yang begitu tinggi dan bangunan yang tersusun kukuh sehingga keganasan dan jenayah tidak dapat menjejaskan cita-cita jihad mereka.
Saya menyampaikan ucapan tahniah dan takziah atas syahidnya komander yang tidak dikenali lagi gagah berani ini kepada keluarganya yang dihormati, rakan-rakan seperjuangannya dan para komander Organisasi Perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam, dan saya memohon kepada Allah Yang Maha Pemberi Kurnia ketinggian kedudukannya.
Sayyid Mojtaba Hosseini Khamenei
17 Farvardin 1405
(1) Surah Al-Ahzab, ayat 23