Balasan Mesra kepada Surat Alireza Bakhshi, Murid Berusia Sepuluh Tahun
Ini ialah terjemahan daripada teks asal dalam bahasa Parsi. Teks asal dalam bahasa Parsi
Tidak lama dahulu, Alireza Bakhshi Iraj, seorang murid berusia sepuluh tahun yang tinggal di Tehran, telah menulis sepucuk surat yang ikhlas kepada Pemimpin Agung Revolusi pada 23 Shahrivar 1405. Dalam surat itu, selain menyatakan rasa kasih dan penghargaannya terhadap bimbingan beliau, dia turut menyerahkan sebuah hadiah sebagai tanda terima kasih kepada beliau dan sebagai bantuan kepada para pejuang Islam.
Isi surat murid tersebut adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah
Salam, Tuan.
Saya Alireza Bakhshi.
Umur saya sepuluh tahun dan saya tinggal di Tehran.
Sebenarnya saya tak tahu sama ada surat saya akan sampai kepada Tuan atau tidak.
Alangkah baiknya kalau saya boleh bercakap dengan Tuan secara berdepan.
Sebenarnya kami sangat terhutang budi kepada Tuan kerana tunjuk ajar Tuan.
Duit ini pula tanda terima kasih kepada Tuan dan untuk membantu pejuang-pejuang Islam.
Yang teringin sangat berjumpa Tuan,
Alireza Bakhshi Iraj
1405/6/23
P.S.: Selamat hari jadi, walaupun sudah terlambat.
Surat ini sampai ke tangan Pemimpin Agung Revolusi, dan Yang Mulia Ayatullah Sayyid Mojtaba Khamenei pula, sebagai membalas ungkapan kasih murid tersebut, telah menulis sepucuk surat kepadanya serta turut menghadiahkan sesuatu kepadanya sebagai balasan.
Isi jawapan Pemimpin Agung Revolusi adalah seperti berikut:
بسماللهالرحمنالرحیم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sahabatku yang dikasihi, Adik Alireza Bakhshi
سلام علیکم و رحمة الله و برکاته
Salam sejahtera ke atas anda, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya
Terima kasih atas perhatian anda yang penuh kasih sayang. Namun, hari lahir insan yang hina ini sebenarnya dalam bulan Esfand. Sebagai balasan, saya juga menghadiahkan sesuatu, walaupun tidak seberapa, atas kemuliaan hati anda. Sampaikan salam saya kepada ahli keluarga anda.
Sayyid Mojtaba Khamenei
19 Mehr 1405
P.S.: Tulisan tangan anda mudah dibaca.

